Facebook Twitter RSS

Sony berbincang dengan Microsoft untuk menghasilkan peranti Windows Phone


Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini Sony banyak mengeluarkan peranti smartphone berasaskan Android sahaja, tetapi pada tahun 2014 ini mereka mengambil langkah untuk menghasilkan peranti berasaskan Windows Phone.

Ketua mudah alih Sony Eropah iaitu Pierre Perron telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sony kini sedang berbincang dengan Microsoft untuk menghasilkan peranti Windows Phone. Selain Microsoft, Sony juga telah berbincang beberapa pihak lain untuk meluaskan spektrum Sony.
Sebagai rekod, Sony Ericsson sebelum ini pernah terlibat dalam penghasilan peranti Windows Mobile yang diperkenalkan melalui siri Xperia yang sangat popular seperti model X1.

 Model Sony Ericsson X1 yang dioperasikan Windows Mobile

Walau bagaimanapun, Pierre Perron masih belum mendedahkan tarikh pelancaran peranti Windows Phone keluaran Sony.

INFO TAMBAHAN

Sony bakal menggunakan nama VAIO untuk smartphone Windows Phone kelak sama dengan siri laptop milik mereka dan nama XPERIA untuk semua smartphone Android mereka.





SHARE THIS POST

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author:Admin Gempak
Jika terdapat kerosakan link atau pertanyaan sila hubungi kami. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih ^_^

0 comments: