Facebook Twitter RSS

SHAREit - Kongsi fail antara Android, iPhone dan Windows



SHAREit merupakan sebuah aplikasi/software perkongsian fail yang dicipta oleh Lenovo. Jika sebelum ini anda berkongsi fail dengan rakan - rakan seperti lagu, gambar, video dan lain - lain menggunakan Bluetooth yang agak perlahan tapi dengan adanya aplikasi ini proses pemindahan fail dapat dilakukan dengan pantas.

Aplikasi ini dapat menghantar data dengan purata kelajuan 1Mbps - 5 Mbps. Aplikasi ini juga menyokong pelbagai platform OS seperti Android, iOS dan Windows.


Bagaimanakah ia berfungsi ?
Aplikasi ini akan mencipta satu talian wireless (wifi hotspot) secara automatik tanpa penggunaan data internet dan menghubungkan antara satu sama lain di antara ( smartphone - smartphone ) atau ( smartphone - komputer )


Fungsi-fungsi SHAREit :



1. One-To-One share

- Perkongsian fail antara satu sama lain. Boleh dilakukan secara serentak.


2. Group share

Berkongsi fail kepada 5 peranti yang berhubung dalam satu talian dalam satu masa. Anda boleh chating, kongsi aplikasi, muzik, video, gambar, fail, contact, nota lukisan dan gambar on the spot dari kamera.


3. CLONEit

Aplikasi amat membantu jika anda ingin menyalin semula (backup) kesemua aplikasi, contact, SMS dan Photo dari telefon pintar yang asal kepada telefon pintar yang ingin digunakan sama seperti yang lagi satu.


4. Wireless sharing

Fungsi ini nampak seakan sama seperti yang lain tetapi tidak sama sebenarnya kerana ianya akan membuatkan telefon yang mengaktifkan "Share my data" berfungsi sebagai satu server to client. Telefon yang dikongsikan boleh pilih data untuk dikongsikan seperti Apps, App Data, SD Card App Data, Video, Photo dan Music. Caranya mudah anda hanya perlu tick kepada jenis yang ingin kongsikan kepada sesiapa yang join dalam talian wifi. Anda juga boleh tick pada "Confirmation is needed for other to connect" bagi mengelakkan orang tidak dikenali cuba mengakses data anda secara senyap. 


5. Connect PC

- Pemindahan fail yang lebih mudah tanpa menggunakan kabel USB daripada komputer dan lebih pantas untuk memindahkan fail-fail besar seperti movie.

> Play Toanda boleh tunjukkan gambar anda secara slideshow di paparan monitor komputer anda. Hanya dengan mengawal telefon pintar dan para penonton boleh melihat gambar yang anda kongsikan di paparan monitor. 

> PPT Control - Boleh mengawal slideshow powerpoint dengan menggunkan telefon pintar. Ianya sungguh interaktif dan nampak anda seolah-olah seorang yang profesional ketika membentangkan sesuautu. 
> Backup Photo - Anda boleh backup photo anda terus sekaligus ke dalam komputer anda dengan kadar yang pantas. 


6. Garbage Clean 

- Fungsi ini adalah sama seperti Aplikasi Cleaner yang menawarkan untuk membuang fail yang tidak diperlukan dari telefon pintar anda. Ianya sekadar fungsi tambahan.



Lihat video dibawah mengenai SHAREit :





Kesimpulannya dengan wujudnya aplikasi seperti ini kepada semua telefon pintar mampu berkongsi fail sama ada iainya android atau iOS. 

Setakat ini aplikasi ini masih belum menyokong Blackberry OS. Ianya adalah sebuah teknologi yang sangat berguna dan WAJIB kepada semua telefon pintar zaman sekarang. 




Download SHAREit :


Official SHAREit by KC.Lenovo.com

or

Unofficial in Play Store

SHARE THIS POST

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author:Admin Gempak
Jika terdapat kerosakan link atau pertanyaan sila hubungi kami. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih ^_^

0 comments: